Pais Udang

Bahan-bahan:
1. 4 cawan fresh udang geragau
2. 10 biji bawang merah, di mayang halus
3. 1 labu bawang besar di mayang halus
4. 8 biji bawang putih, di mayang halus
5. 2 inci halia, di mayang halus dan panjang
6. 5 biji cili padi, dipotong halus
7. 4 helai daun kunyit, di mayang halus
8. 4 helai daun limau purut, di mayang halus
9. garam secukup rase
10. Asam jawa sebesar ibu jari, bancuh dengan tiga suku cawan air
11. Daun pisang untuk membungkus, bersih dan layurkan
12. Toothpick / lidi / mancis yang dibuang sulphurnya dan ditajamkan satu hujungnya/stapler

Cara-cara:
1. Bersihkan udang.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan-bahan no. 2-10, kacau rata hingga sebati
4. Potong daun pisang anggaran satu kaki X satu kaki.
5. Letakkan satu/ dua sudu makan ramuan atas daun pisang, ratakan, . Bungkus/gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya dan sematkan dengan lidi/stapler kan.
6. Masukkan bungkusan pais ke dalam kuali non-stick dan masak selama 20 minit dengan api perlahan.
9. Enak dimakan dengan nasi

Jangan Melangkah joran

Mungkin ramai yang percaya apabila joran dilangkah, ia akan dilanda 'suwey' dan joran tersebut sudah tidak 'ong' lagi. Amalan ini adalah perkara biasa kepada kaki pancing, tetapi masih ada yang tidak percaya dan tidak menghiraukan pantang larang tersebut. Mereka menganggap ia cuma dusta orang-orang tua zaman dulu-dulu.

Tidak dinafikan sesetengah pantang larang adalah untuk mendidik kita untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak sopan dan sesetengah pantang larang pula adalah tahyul semata-mata. Joran adalah sebuah alat yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi untuk mencari rezeki. Adalah tidak sopan untuk kita melangkah sebuah alat yang digunakan untuk mencari rezeki sama seperti kita melangkah sepinggan nasi yang kita ingin makan. Walaupun pendekatan nenek moyang kita menggunakan pendekatan menakutkan kita dengan mengatakan apabila joran dilangkah rezeki sudah tidak datang, ia boleh menimbulkan keraguan kepada kita. Pada pokok pangkalnya mereka hanya ingin kita terus menghormati alat yang digunakan untuk mencari rezeki.

Kebanyakan pemancing kini sudah tidak menghiraukan kebanyakan pantang larang orang tua-tua dan sudah tidak berminat dengan pantang larang tersebut. Ambillah sesetengah pantang larang sebagai ikhtibar dan jangan mengambilnya bulat-bulat kerana boleh menyebabkan kita percaya kepada yang takhyul sebaliknya jadikannya bekalan ilmu kepada kita.

Asam Pengubat Mabuk Laut

Memancing laut dalam adalah sangat menyeronokkan namun ia merupakan suatu dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi apabila mabuk laut. Laut yang bergelora dan ombak menghempas dikala panas terik menyebabkan para pemancing tumpas dek terkena mabuk laut. Perbagaai petua dan tips yang digunakan pemancing termasuk menggunakan teknologi moden seperti ubat mabuk yang berada di pasaran. Kekurangan air didalam badan dan hempasan laut yang bergelora menyebabkan para pemancing boleh tumpas apatah lagi apabila kepanasan yang melampau waktu tengah hari melemahkan lagi mangsa mabuk laut.

Memakan buah yang masam dan minum air yang secukupnya boleh memberikan kelegaan kepada kaki pancing dari mabuk dan sekaligus dapat mengelakkan para pemancing dari terus mabuk dan membantutkan keseronokkan memancing. Membawa gula-gula dan sentiasa memastikan mulut tidak kering boleh mengelakkan dari mabuk dan memberikan keselesaan kepada badan para pemancing. Para pemancing dinasihatkan meminum air secukupnya dan jangan biarkan perut kosong dan dalam berkeadaan letih. Walau perbagai dugaan untuk memancing, para pemancing adalah lasak dan akan terus berjaya untuk menaikkan tangkapan seterusnya tidak kira apapun dugaan yang mendatang.